Tuesday, August 11, 2009

PPSMI - GMP akan adakan demonstrasi susulan

Petikan malaysiakini.com

Cadangan demonstrasi susulan bagi mendesak kerajaan memansuhkan serta merta dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) minggu ini.

"Pak Samad (A Samad Said) penasihat GMP. Cadangan itu ditimbulkan beliau. Apabila disebut dalam mesyuarat nanti, bolehlah dibincang.

"Dulu kita pun tidak sangka, (pemansuhan PPSMI) akan meleret macam ini," kata setiausaha gerakan itu, Hasni Abas kepada Malaysiakini semalam.

Beliau diminta mengulas kemungkinan GMP mengadakan demonstrasi kedua selepas peristiwa 7 Mac lalu yang menghimpun ribuan penunjuk perasaan di ibu negara, termasuk seniman dan budayawan bagi menuntut pemansuhan PPSMI.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini akur terhadap desakan kuat pelbagai pihak supaya PPSMI dimansuhkan. Bagaimanapun, ia dilaporkan hanya akan berkuat-kuasa pada tahun 2014.

Mengulas lanjut tuntutan pemansuhan serta-merta dasar itu, Hasni berkata, perkara itu merupakan tuntutan GMP sejak awal lagi.

Tambahnya, isu teknikal yang digunakan bagi menangguhkan penggunaan bahasa Melayu dalam dua subjek tersebut, antaranya penyediaan buku teks baru, tidak seharusnya ditimbulkan.

"Buku darjah 1 (contohnya), macam one plus one (satu campur satu), apa yang teknikal sangat? Lagi pun, dulu buat (dasar baru dalam bahasa Inggeris) tidak ada masalah pun, boleh buat serta-merta," katanya.

Menurut Hasni lagi, kerajaan juga boleh menggunakan kembali buku teks asal yang digunakan enam tahun lalu ketika PPSMI belum diperkenalkan.

Sementara itu, Hasni juga berkata pihaknya masih berminat menemui Muhyiddin - yang juga menteri pelajaran - bagi memberikan pandangan mereka secara langsung.

Katanya, surat permohonan untuk bertemu dengan Muhyiddin dihantar sebelum demonstrasi besar di Masjid Negara Mac lalu, tetapi sehingga kini masih belum dijawab dan dilayan.

Kenyataan rasmi terkini gabungan itu dijangka dikeluarkan awal minggu depan selepas jawatankuasanya selesai bermesyuarat.

Komen yanggambi

PPSMI sudah dimansuhkan, oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin demi memertabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Secara lansung anak-anak Melayu dipedalaman akan belajar pula Inggris kesusasteraan. Mungkin dengan kemansuhan PPSMI, Penasihat GMP A. Samad Said dan Hasan Ahmad Pengerusi GMP, mampu meningkat ketajaman minda anak-anak Melayu di dalam mengejar impian menjadi doktor, jurutera serta arkitek tersohor.

Pemansuhan sepenuhnya akan dilaksanakan pada tahun 2014, tapi mengapa GMP perlu mendesak dengan ugutan untuk menghuruharakan lagi keadaan dengan mengadakan demonstrasi ke dua ?

Siapa yang lebih mengambil kesempatan di atas demonstrasi yang akan diadakan ?

A. Samad Said, Sasterawan Negara dan Hasan Ahmad jenis orang yang tidak mampu bersabar selain mengadakan demonstrasi yang menghuruharakan ?

Atau A Samad Said dan Hasan Ahmad sudah seronok dikelilingi penyokong-penyokong pembangkang setiap kali berdemonstrasi ?

Atau saja-saja hendak cari glamour ?

Kalau benar A. Samad Said dan Hasan Ahmad ikhlas untuk memertabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Negara, kenapa tidak mendesak dengan mengadakan demonstrasi bersama pendokong-pendokong GMP (keseluruhan dari parti pembangkang) agar kerajaan menghapuskan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina, Tamil dan sekolah-sekolah convent dari gereja.

SATU SEKOLAH SATU BAHASA

Kawan bukan hendak memperkecil-kecilkan kedua-dua tokoh Negara ini, kawan cukup hurmat dengan mereka sejak kawan masih dalam persekolahan lagi.

Kawan agak terkilan, dengan tindak tanduk demonstrasi yang menjadikan keadaan masyarakat berkecamuk, yang menunjukkan kemegahan adalah parti pembangkang.

Setiap kali demonstrasi diadakan, merekalah yang menepuk dada, bukan A. Samad Said atau Harun Ahmad, mereka berdua hanya sebagai alat bagi menghalalkan demonstrasi ganas mereka.

Walau pun A Samad dan Harun menafikan mereka diperalatkan, tetapi yang jelas pembangkanglah yang lebih sudu dari kuah.




7 comments:

  1. Salam Yanggambi,

    itulah. Apa gunanya Datuk Samad Said tu simpan janggut dia tu panjang-panjang kalau akal dan pandangan dia cuma 0.1cm saja.

    Sasterawan jenis apa mereka-mereka ini..."sasterawan jalanan" yang akan membawa kemusnahan kepada generasi yang akan datang.

    berhimpunlah mereka masa H1N1 ini sedang merebak..nak tengok apa yang mereka akan dapat nanti...

    ReplyDelete
  2. Salam,

    dua subjek boleh menjejaskan BM kah? Kwn pun setuju dia berdemo utk satu sek drpd menghapuskan dasar.

    ReplyDelete
  3. SLM Y.G..MMG ADE ORG YG AMIK KESEMPATAN MEMPERGUNAKAN MEREKA NI UTK KAUT KEUNTUNGAN POLITIK. WLU PN KERAJAAN DH TERANGKAN MEREKA MASIH X DPT MENERIMANYA.
    KLU MEREKA NAK TERUSKAN JUGAK BERDEMONSTRASI SILA BUAT JE KT STADIUM SEPERTI SARANAN DS NAJIB. JGN SAMPAI MENYUSAHKAN ORG RAMAI PULAK. KANG X PASAL2 KENA SAMAN BRU PADAN MUKE!

    ReplyDelete
  4. kalau kata bodoh kang dia marah kita balik...tapi...memang la bodoh pun...belagak sombong..kalau berani sangat demo lah suruh tutup sekolah jenis yang tidak menyumbang kearah pembangunan bahasa maelayu..

    ReplyDelete
  5. ni lagi satu orang tua yang tak sedar diri wat malu orang melayu je cam mana la boleh jadi sasterawan negara. lps ni kita suruh pak janggut ni masuk sekolah cina tamil beri ceramah. kita tengok dia berani ke tak .

    ReplyDelete
  6. Kalau tidak tahu berbahasa inggeris maka tak kemana laa kita dizaman serba maju dengan teknologi canggih...bagi saya, bahasa melayu penting sama juga bahasa inggeris, bukan apa ada juga dikalangan kawan kawan tak sanggup nak melangkah jauh ke hadapan gara gara tak tahu berbahasa inggeris dan yang bangkit adalah kaum india dan cina, terutama dlm bidang IT, Engeering, Doctor..tapi sepatutnya orang orang mcm mereka ni patutnya DEMO ja suruh orang melayu serta anak muda belajar JAWI fahami Bahasa Arab lagi bagus atau DEMO ajak kaum kaum semua belajar SASTERA. Sibuk sibuk berDEMO tengok tengok anak cucu sendiri berbuih buih speaking english, makan spagetti, drink coke, lagu hip hop, all the 4 letters words la, tgk CNN HBO STAR MOVIE semua cekap. Siapa tak lulus bahasa inggeris tak yah laa ambik scholarship nak g overseas, buang duit kjaan menghantar g kursus.

    ReplyDelete
  7. Kenkawan, terima kasih komen menyokong blog kawan, harap-harap puak-puak ni sedar ilmu itu juga penting untuk memajukan bangsa dan agama.

    Cuba kita tengok, pakar-pakar perubatan yang ada kat Melaysia, kebanyakan singh-singh je......

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..